Tuesday, December 23, 2008

jalan yang pelik

eton masih mengunyah chewing gum..si catherine masih asyik duduk di sofa empuk..cuma kulit sofa tu jek dah terkoyak sikit dan banyak..sayup depan mereka si sue,ayu,sofia dengan eli berbual sambil masing-masing memegang sepuntung rokok untuk dijadikan teman berbual dan mungkin juga menghalau nyamuk..tempat yang sememangnya menjadi komuniti nyamuk jugak mereka nak jadikan tempat berbual..dahla pakai baju yang memang jadi pasar malam buat nyamuk..tengah-tengah jalan pulak tu..seringkali mereka terpaksa ketepi bila kereta lalu..yela..bukan kereta kecik-kecik anak..yang lalu kereta mercedez..bmw..kadang-kadang toyota harrier pun lalu..jalan tu bukannya besar..yang si kaya mangkuk bedebah ni pun satu..jalan kecik macam ni la nak menunjuk kereta mahal-mahal..tapi mereka tak marah..mereka tak maki.mereka itu semua si eton,catherine,sue,ayu,sofia dan eli akan sambut..bila saja kereta-kereta itu berhenti..tingkap dah diturunkan..si pemandu akan berbual dengan salah seorang dari mereka..tapi eli la selalu diajak berbual..nyamuk pun nak berbual dengan dia inikan pulak manusia..lepas berbual..mereka selalu akan hilang..hilang bersama kereta-kereta mewah yang lalu di jalan yang gelap itu..jalan yang sempit itu...jalan yang penuh dengan tikus,nyamuk dan lipas..jalan yang hanya hidup ketika malam hendak pulang dan pagi hendak datang..disitulah lelaki-lelaki kaya itu menempah makanan nafsu yang buta untuk bersama dengan lelaki-lelaki yang....?

1 comment:

Unknown said...

ponnnnnndannnnnnnnn.........