Saturday, February 14, 2009

sama dengan

satu biji batu..sama dengan..
5 biji bom motar..
1 biji bom motar sama dengan..
berpuluh-puluh serangan kereta kebal..
kereta kebal??takde....maka..
satu biji batu semula..dan kali ini...
sama dengan berpuluh-puluh serangan peluru berpandu..
satu biji batu lagi sama dengan..
bepuluh-puluh bom phosphorus..
dan akhirnya..tiada lagi sama dengan..
kerana memang takkan sama..
kerana memang takkan adil..
mungkin ini yang cuba dibuktikan ibnu khaldun..
dalam teori kitaran..
aku ada sebuah cerita..
cerita yang membuatkan aku bahagia..
yang menjadi punca dimana aku ber-ada..
cerita yang sentiasa aku baca..
bila kau tiada..

aku tulis sebuah cerita..
satu manifesto untuk hati yang dulu sengsara..
luahan rasa untuk kau teroka..
yang akhirnya aku senyum setia..

kau baca satu cerita..
kisah jiwa yang terbahagi dua..
antara aku dan dia..
tapi yang utamanya..kau yang membaca..

aku ingin akhiri satu cerita..
tapi aku tak tau dimana koma dan noktahnya..

perjalanan dinihari..

setiap tapak langkah itu nampak tak berpijak..
hayunan tangan itu nampak terbiar longlai..
hemisfera otak itu sengaja dibiarkan kosong..
perjalanan itu tiada tempiasnya...

hatinya cuba di"rebel"kan..
tapi dirinya terkunci..
untuk merebangkan helaian kekacauan perasaannya..
dibiarkannya perjalanan itu terus sepi..setelah dia kini jatuh...
jatuh dalam permainan peraturan hati lekuk..dia bertanya sendiri..
adakah begini perjalanan dinihari???
kerana sebelum ini dia belum pernah bangun..

mat top
22th Ocober 2008 @ 17:27 hours

Saturday, February 7, 2009

cinta mati

unknown 1-heyyy...kau nak aku tolong?
unknown 2-xpayah..aku buat sendiri...
unknown 1-knape?kan kalo aku tolong ko lagi senang..
unknown 2-mungkin ya dan mungkin juga tidak.
unknown 1-pelik ko mempunyai 2 jawapan untuk aku...bukan ke sebenarnya kita hanya perlu 1 jawapan dalam hidup?
unknown 2-xjugak...kita kena ada back up plan kan?
unknown 1-yup...tp knape perlu ada back up plan kalo apa yg kita buat kita tau betul?
unknown 2-kita manusia..kita duduk dalam alam yang bukan kita cipta..kita tumpang, dia tentukan jalan cerita kita. so in case kita takut mati..kita boleh lari dan cari plan lain..
unknown 1-owh ok..bagus..so lepas ni kalo kita nak mati..kita lari sama-sama k..
unknown 2-ko kata nak tolong aku kan..sekarang aku nak mati..so back up plan aku..aku nak ko tolong gantikan tempat aku..ok..terima kasih..aku sayang kau..aku tau ko sayang aku..dan dah lama ko sayang aku..so tolong gantikan tempat aku k..
unknown 1-tapi aku xda back up plan.plan aku cuma menyayangi kau samapai aku mati..
unknown 2-dan sekarang kau dah nak mati untuk aku..dan kau masih menyayangi aku..itukan cinta mati..

unknown 1-(dah mati..dalam cinta yang mati..)