Tuesday, December 23, 2008

jalan yang pelik

eton masih mengunyah chewing gum..si catherine masih asyik duduk di sofa empuk..cuma kulit sofa tu jek dah terkoyak sikit dan banyak..sayup depan mereka si sue,ayu,sofia dengan eli berbual sambil masing-masing memegang sepuntung rokok untuk dijadikan teman berbual dan mungkin juga menghalau nyamuk..tempat yang sememangnya menjadi komuniti nyamuk jugak mereka nak jadikan tempat berbual..dahla pakai baju yang memang jadi pasar malam buat nyamuk..tengah-tengah jalan pulak tu..seringkali mereka terpaksa ketepi bila kereta lalu..yela..bukan kereta kecik-kecik anak..yang lalu kereta mercedez..bmw..kadang-kadang toyota harrier pun lalu..jalan tu bukannya besar..yang si kaya mangkuk bedebah ni pun satu..jalan kecik macam ni la nak menunjuk kereta mahal-mahal..tapi mereka tak marah..mereka tak maki.mereka itu semua si eton,catherine,sue,ayu,sofia dan eli akan sambut..bila saja kereta-kereta itu berhenti..tingkap dah diturunkan..si pemandu akan berbual dengan salah seorang dari mereka..tapi eli la selalu diajak berbual..nyamuk pun nak berbual dengan dia inikan pulak manusia..lepas berbual..mereka selalu akan hilang..hilang bersama kereta-kereta mewah yang lalu di jalan yang gelap itu..jalan yang sempit itu...jalan yang penuh dengan tikus,nyamuk dan lipas..jalan yang hanya hidup ketika malam hendak pulang dan pagi hendak datang..disitulah lelaki-lelaki kaya itu menempah makanan nafsu yang buta untuk bersama dengan lelaki-lelaki yang....?

Saturday, December 13, 2008

rentak hati


rentak remuk hati bergempita fikiran..
lanyak kan perasaan terus lena dibuai bayangan..
terus terngiang bisik-bisik hasutan..
yang penting aku harus terus sedar..
harus menari dengan nada yang segar..

siapa pukul gendang siapa tarikan irama..
siapa terus hanyut dalam diam bersimpul amarah...
siapa pandai tarik dia lerai satu puaka..
busuk hati berkisah dendam dengan gelora..


mat top
14 disember 2008
02.46 am

Friday, December 12, 2008

bilik itu wujud..tapi dia seorang..

lampu terang..potret tergantung rapi..figura-figura kegemarannya tersusun dengan penuh aksi..bahan bacaan agak berselerak..pemain mp3 menjadi medium pengantar lagu "iris" yang dipopularkan oleh kumpulan goo goo dolls dan di katil yang sangat selesa itu mat top jamahkan tubuhnya..dia selesa sekarang..dia tidak mahu keluar dari bilik itu..dia rasa dia sudah miliki semuanya..dia pandang terus ke siling..sambil membiarkan otaknya terus khayal...terus berfantasi..terus berfantasi yang dia sedang bahagia..terus mengelamun yang dia sedang gembira mengecap nikmat hidup..dia seorang di dalam bilik itu..dia seorang mengelamun di situ..dia seorang..

Wednesday, November 26, 2008

aku tanggung...bohong...

biar aku yang mencarut dalam hati..
carutan-carutan yang memang tak layak untuk didengari..
carutan luahan isi hati..

biar semua bau busuk itu aku hidu..
bau-bauan yang sangat jijik untuk kau tahu..
bau perasaan yang tak menentu..

kudis nanah yang pekung untuk kau tanggung..
aku ganti dengan senyum gelak wayang panggung..
sakit pedih perit untuk kau tanggung..
aku ganti dengan sayang cium si pembohong..


Mat Top
27 November 2008
01:31 am

Sunday, November 23, 2008

kusut dalam jasad

kusut...memang kusut..
kalau kau adalah sang darah merah
yang mengalir dalam diri insan ini..
kau akan sesat..
kau akan lemas..
susur salur jalan yang lintang pukang..
dinding sempit yang kotor lagi hanyir..
gelap hitam pekat engkau terkulat..
memang kusut..
kau akan mati kesepian..
kau akan mati kebuntuan...
dan jasad itu..
masih melangkah dengan senyuman..

mat top
1.30 a.m
24 november 2008