Tuesday, June 30, 2009

semalam dah expired....

semalam akan membuang aku jauh..
semalam akan melarutkan aku hilang..
semalam akan buat cebisan aku pupus..
tapi semalam juga yang ajar aku ini dunia..
semalam juga yang beri aku nafas untuk hidup...
kan bagus kalo semalam aku dapat tahu apa ada untuk hari ini..
yup..itu semalam x ajar aku..
sebab tu aku masih manusia biasa yang x lari dari kesilapan..
dan kesilapan itu akan mengejar aku untuk terus membunuh hari-hari aku..
tapi tolong jangan bunuh apa yang aku ada sekarang..
sebab semalam terlampau kejam...
dan sekarang sangat indah..
jangan kau datang semalam untuk megeruhkan sekarang..
kau sudah expired dalam hidup aku..
kau sudah dlm recycle bin yang telah aku emptykan..
aku hanya mahu SEKARANG..ANTARA KAU DAN AKU!!!!!!!!!!!!!

Monday, June 8, 2009

soalan interview untuk jawatan pencarut tersohor...

1.Bekas kekasih saya adalah :- DEMANDING!!!

2.Saya sedang mendengar :- Bunyi berdengkur yang agak hebat...

3.Mungkin saya patut :- Buat assignment...hehehe

4.Saya suka :- (saya tambah...) Sayang gila..Cinta mati :- Azmaliza Bt Ibrahim....

5.Sahabat-sahabat baik saya :- memang berdekah..dan dah ramai dah yang kahwin..huhu

6.Saya tak paham :- nape "butt licker" perangai mcm anjing?

7.Saya kehilangan :- MASA

8.Ramai yang berkata saya... :- lepas wee ni ko la plak kahwin..huhu..yey!!

9.Makna nama saya:- penghafaz Al-Quran...Insyaallah..

10.Cinta itu adalah:-full with surprises..yet so beautiful..

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :-tidor balik walaupun dah dikejut..huhuhu

12.Saya akan cuba:- buat Azmaliza Bt Ibrahim bahagia..ketawa..sampai saya mati..

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :-sampai mati

14.Telefon bimbit saya :- ROSAK!!!kali ke 3...trima kasih...

15.Bila saya terjaga dari tidur :- check handphone..golek-golek...

16.Saya paling meluat apabila :- butt licker acting like an asshole while he knew he's allready an ass.

17.Pesta/parti adalah :- joget-joget...(mak aku yang ckp..hahahahaha...)

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :- spesis monyet paing kecik kat zoo melaka..

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :- 20-23 kot..tapi mmg lost gila..

20.Hari ini :- pergi jumpe belahan jiwa yang paling comel dalam dunia..

21.Malam ini saya akan :-tido puas-puas...kalo boleh...

22.Esok pula saya akan :-siapkan album wee plak..adoi!!!

23.Saya betul2 inginkan:- wide lens!!!

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :-pergh...rambut super saya!!!

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :-pusat sendiri xleh??pusat membeli-belah la..

26.Makanan Barat atau Jepun :- jepun...baru putih kulit aku..

27.Bilik yang terang atau gelap :-gelap

28.Makanan segera adalah :- makanan yang dengan segera ada depan mata..dan segera juga laparnya.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?:- "sayang bangun..dah kul bape dah ni..jgn tidor balik.."to azmaliza through phone..

30.Siapa yang anda nak Tag? :-entah...kalo tag org tu balik boleh??boleh??boleh??boleh???

Sunday, June 7, 2009

punk.punk..kompunk..

punk....punk..kompunk..kompunk..kompunk..punk rock dah kahwin..serius aku dapat rasakan kebahagiaan kau..aku dapat rasakan aura keterujaan kau...kau senyum tak sudah...kau ulang perkataan "isteri aku"...tak behenti..aku senyum..aku setuju dengan kau...itulah hari paling indah dalam hidup kau..tapi sebenarnya kau tampar aku dengan realiti..kau bangunkan aku dengan gelak tawa kebahagiaan kau..dan sekarang aku terjaga dengan penuh semangat...fuhh..semangat betul ni..yup..semangat untuk aku kutip sisa-sisa buangan manusia yang tak pernah nak hargai sepuntung "cinta"..n now...dah berpuntung-puntung cinta dalam hati aku cuma untuk seorang yang benar-benar menghargai..yup..mungkin secara official aku tak purpose dia lagi...but unofficial..hati aku ni dah meronta-ronta nak dia..dah meroyan aku ni..mungkin masyarakat sekitar akan cakap aku gatal ataupun akan gelar aku mat angau bukan mat top...tapi mungkin mereka juga akan rasa seperti aku sekarang bila mereka faham kehadiran seorang manusia yang bernama azmaliza bt ibrahim betul-betul buat erti kebahagian kembali pada kamus..kembali kepada maksud sebenar-benarnya "bahagia"..not just a word game...yang boleh korang susun masa main sahibba..so official or unofficial..hati aku tetap sama..niat aku tetap satu..n love will guide us through...

Saturday, May 30, 2009

plan & budget

pen merah aku keluarkan..ini kerana merah bagi aku serius so apa yang aku tulis adalah serius..aku tuliskan plan-plan aku..aku tuliskan budget-budget aku..aku terbayang muka kau..baju kau..senyuman kau..itu semua buat aku teruja untuk terus merancang kehidupan yang semakin buat aku gembira..gembira hingga jatuh air mata..sebak dan bersyukur atas kehadiran kau..tulisan tangan yang bak budak darjah satu terus ditulis..dalam otak aku terus berfikir..adakah kau akan bahagia dengan apa yang kita rancang..adakah kau setuju dengan apa yang aku bentangkan..tanpa tersentak aku terus mengerti ini yang kita berdua inginkan...ini yang kita nantikan selepas kehidupan lampau yang sukar untuk kita fahami..aku akan garapkan manifesto kebahagiaan untuk kehidupan kita..selepas selesai plan dan budget "wedding kita"..

Friday, May 15, 2009

cheers....

i tought im running..
chasing the truth climbing the dream..
but im just looking..
watching the day when we were falling..
filling the jar with fear..
drinking the joy with tears..
cheers to the love..
it suddenly appears..

Monday, May 4, 2009

yup..aku sangat gelabah..tapi kau sayangkan?

bila kau ada aku seperti kanak-kanak dapat belon dan seperti dihiburkan lawak slapstik dari man belon..tapi bila kau jauh..tuhan beri aku dugaan yang sangat mencabar keimanan..menduga kesabaran aku..atau mungkin balasan atas dosa kering yang aku dah buat..aku cuba sabar..kau pula menjadi penyabar dengan behaviour aku yang seperti seorang professor yang panic dan setengah gila setelah formula vaksin untuk penyakit AIDS dan selsema babi hilang..dunia kini diancam bahaya..tapi aku xkisah selagi kau ada..
dalam diam dan bising..sebenarnya jiwa aku telah jatuh dalam blackhole yang penuh dengan warna-warni..(walaupun nama dia "blackhole")..bukan kau yang cipta blackhole itu..dan bukan aku yang nak terjun..tapi kita tertarik oleh vakum perasaan..mungkin kerana kau perempuan dan aku lelaki..maka faktor genetik kita tertarik sesama sendiri..
bukan aku kalau tak menggelabah mencari barang-barang penting aku..dan kau..seperti blackberry..ataupun GPS...sentiasa aku perlukan..
yup aku sangat gelabah..!!!

Thursday, April 23, 2009

wayang semalam terselit wayang hidup

wayang semalam terselit wayang hidup..
wayang kehidupan realiti..
ketika minda aku di jajah wayang fantasi..
realitinya...
wayang kulit manusia yang membaluti..
dosa dan pahala..
sayang dan benci..
aku deklarasikan paksi hati ini..
aku takut akan kehilangan..
aku takut akan kematian..
aku takut..aku takut..aku sangat takut..

wayang semalam terselit wayang hidup..
ketika boneka menari-nari di atas kain putih..
aku bermati-matian mencorak kain putih..
antara warna gelap ketakutan..
atau warna terang keindahan..
membiarkan berus warna di tari kan oleh tangan..
membiarkan pemikiran mencari hujung jalan..
yang penting..
semalam aku sedar..
ada wayang hidup yang terselit dalam wayang semalam..
dan aku takut..

mat top
24th april 2009
01:45 pm